Saturday, 6 October 2018

ISU- ISU KEPRIHATINAN NEGARA



PENGAJIAN MALAYSIA

TAJUK E-FOLIO: ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

NAMA PENSYARAH: EN MOHD TAHA B RULAM AHMAD

NAMA AHLI KUMPULAN:-
  • HAMIZAH HUSNA BINTI RIZUAN                                           ( 19DAT18F1008)
  • NURDAYANA SHAHIRA BINTI MOHD YUSOFF                   ( 19DAT18F1005)
  • NUR FATIEHA BT ZULKIFLI                                                     ( 19DAT18F1051) 
  • NURAINA AFIQAH BINTI AKBAR                                           (19DAT18F1002)


SESI: JUN 2018

JABATAN: PERDAGANGAN

_____________________________________________________________________________



 PENGENALAN



Tujuan Malaysia Membina Hubungan Luar Dengan Negara Luar
  • Menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa
  • Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia
  • Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain
  • Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa
  • Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang
  • Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara0negara luar




DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA

ASEAN

Related image
  • Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967
  • Dicadang oleh Tunku Abdul Rahman
  • Nama penuh ASSOCIATAN OF SOUTHEAST ASIAN NATION
  • Tujuannya adalah untuk mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan, pendidikan dan kesihatakn kepentingan sosial dengan negara-negara yang menandatangi perjanjian ini
  • Negara yang setuju dengan perjanjian ini adalah Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste
Prinsip- prinsip Utama Asean
  • Salinng menghormati kemerdekaan, ketuanan, kesamaam, intergriti jajahan dna identiti nasional semua negara
  • Memberi hak kepada setiap negara untuk memimpin kehadiran nasiona bebas daripada campur tangan luar, subversif atau paksaan (coercion)
  • Melakukan perbincangan dan penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak sebarang penggunaan ketenteraan sekiranya terdapat persengketaan
  • Melakukan kerjasama efektif antara anggota

Matlamat Utama Penubuhan Asian
➞ Mempercepat penubuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan di rantau 
     Asia Tenggara
➞ Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi
     prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
➞ Meningkatkan kerjasama dan bantuan antara anggota ASEAN dalam pelbagai bidang
     termasuk latihan penyelidikan
➞ Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian
     dan perdagangan
➞ Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan penubuhan serantau dan antarabangsa lain


ORGANISATION OF ISLAMIC CONFERENCE 
(OIC)
Image result for OIC

Peranan Pertubuhan Negara- Negara Islam ( OIC)
  • Ditubuhkan pada tahun 1971 
  • Terdiri daripada 57 buah negara islam iaitu:
    ⇨ Negara- negara Timur Tengah
    ⇨ Afrika Utara
    ⇨ Asia Tenggara
    ⇨ Asia Selatan
  • Peranan pertubuhan ini adalah untuk bekerjasama antara semua negara islam dalam bidang ssosial, ekonomi, sains, teknologi dan pendidikan
  • Malaysia merupakan salah sebuah negara pegasas OIC yang sentiasa terlibat secara aktif dalam segala aktiviti
  • Dasar kerajaan yang memberikan keutamaan terhadap penglibatan Malysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah
Contoh sumbangan OC
  • Mengkritik campur tangan Rusia di Afganistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin
  • Mengutuk dasar penghapusan etnik islam di Bosnia Herzegovia
  • Membangunkan ekonomi dan sosial Afrika iaitu dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan di negara itu
  • Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat khas pada peringkat menteri luar OIC mengenai Timur Tengah pada April 2004 yang bertujuan membincangkan masalah di Palestin dan Iraq

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI
(NAM)
Related image

Peranan Pertubuhan NAM

→Sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 buah negara yang tidak memihak kepada 
    mana-mana blok kuasa
→NAM telah diasakan pada tahun 1961

Tujuan Penubuhan NAM setelah Diisytiharkan dalam Pengisytiharaan Havana,1979

š›²¢Untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, intergriti, kolonisma, neo- kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan daripada bangsa-bangsa asing , pekerjaan dan dominasi kuasa serta kumpulan politik

Tujuan Utama NAM
  • Mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota
  • Menjadi medan diskusi bagi negara-negara anggota untuk menyuarakan pendirian berhubung isu- isu semasa
  • Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi
  • Memperjuangkan kepentingan negara- negara sedang membangun
  • Menekankan hal ehwal yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi
  • Mewujudkan muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan 
  • Meningkatkan penguasaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati
Perjuangan NAM

  • Pada 1961- 1970 -Memperjuangkan isu imperialisme, neokolonisme, aparteid, perkauman dan pencerobohan
  • 1970an - Isu ekonomi. Jurang negara Selatan dan Utara
  • Memperjuangkan Order Baru Ekonomi  Dunie (NIEO)
  • Persidangan 2003( Malaysia) - Gencatan senjata, keganasan, kerjasama multillateral, keadaan ekonomi di Afrika, Jenayah dadah dan AIDS
Kajayaan NAM di bawah Malaysia
  • Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Berkecuali mengenai wanita di Kuala Lumpur bertemakan 'Memperkasakan Wanita dalam Menghadaoi Cabaran Globalisasi"
  • Mewujudkan Pusat bagi Gender dan Pembangunan NAM di Kuala Lumpur bagi memperkasakan wanita
  • Menghidupkan Persidangan Menteri-Menteri Penerangan NAM (cominac) - Membawa pada Berita NAM melalui internet beribu pejabat di KL
  • Menganjurkan persidangan 'Keamanan di Palestinn'
  • Menubuhkan Pusat Antarabangsa mengenai Palestin Masyarakat Sivil Selatan

Pertubuhan Negara- Negara Bekas Jajahan British
(KOMANWEL)
Related image

Peranan KOMANWEL
  • Melalui komonwel, Malaysia mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya
  • Peranan Malaysia dalam KOMANWEL
    - Menekankan dan membangkitkan isu-isu ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
    - Bekerjasama dalam bidang pertahanan, pertanian, pendidikan dan perdagangan serta membantu membangunkan sosioekonomi
    - Membangkitkan isu kemanusiaan termasuk isu hak asasi manusia
Related image
Artikel tentang KOMONWEL



Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu
(PBB)
Image result for PBB
  • Sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas perang dunia kedua
  • Dianggotai oleh Negara-Negara di seluruh dunia
  • Mengelakkan pertikaian, menegaskan hak-hak asasi manusia
  • Matlamat penubuhan PBB
    - Menjamin, menjaga keamanan dan keselamatan dunia
    - Menggalakan hubungan baik
    - Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia
    - Menyelesaikan perselisihan dan tindakan politik
    - Menyatupadukakan penduduk dunia
Lima Peranan Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB
↦ Mempromosikan nilai kesederhanaan (moderasi) pada peringkat global
↦  Mendesak penggunaan kaedah perantara berbanding dengan ketenteraan dalam penyelesaian
     konflik
↦  Mendokong operasi pengaman secara berterusan
↦  Membantu mempromosikan proses keamanan di negara yang bergolak
↦  Meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh
Image result for artikel tentang pbb
Artikel tentang PBB





 Konsep Pembangunan Dan Alam Sekitar
 Konsep Pencemaran Dan Pemuliharaan Alam Sekitar


          Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai program Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED). Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.

          Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap,mekanisme ekonomi yang positif dilaksanakan. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini menggalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologi bercirikan kecemerlangan kualiti alam sekitar.Tegasnya pembangunan dan diteruskan tanpa mencemar kualiti alam sekitar.

          Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah,pencemaran air dan udara.
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar
  • Tujuan Dasar Negara mengenai alam sekitar adalah untuk
    - Mencapai alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa
      depan
    - Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik deng 
      penglibatan secara berkesan oleh semua pihak
    - Menggalakan cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yang sejajar dengan prinsip
      pembangunan mampan
Langkah- langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
  1.  Penghutanan semula
  2. Mewartakan hutan simpan dan taman negara
    Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan dan taman negara yang dilindungi
  3. Penanaman berteres
    Mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit
  4. Tanaman tutup bumi
    Mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah
  5. Penggunaan baja organik
    Menggantikan baja kimia
  6.  Kaedah biologi
    Mengawal makhluk perosak
  7. Pertanian tetap
    Mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanah
  8. Melandaikan cerun dan membuat tarahan
    Mengurangkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh
  9. Pembinaan tembok konkrit dan longkan konkrit
    Mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan 
Prinsip Pemuliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
  • penjagaan alam sekitar
  • Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar
  • Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan
  • Kepentingan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar
  • Iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar
  • Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa

Konsep Pembangunan Insan
  Definisi Modal Insan .
  • Merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mengandungi nilai,etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi .
  • Menurut YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,melihat pembangunan modal insan sebagai :-
 (1) Meningkatkan keupayaan pengetahuan,kreativiti dan inovasi negara.
(2) Memupuk " minda kelas pertama " disamping penekanan akan diberikan ke arah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.


  Kepentingan Modal Insan .
  • Menjana pendapatan negara.
  • Pembangunan negara pada masa akan datang.
  • Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020.
  • Membantu kerajaan dalam membangunkan negara.


  Teras Pembangunan Modal Insan .
  • Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.
  • Membangunkan universiti bertarafkan antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan pada peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.
  • Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.
  • Memperluas dan memperkemas perbincangan dan perundingan antara kerjaan,sektor swasta,ibu bapa dan masyarakat.
  • Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.




 Tindakan-Tindakan Pembangunan Modal Insan .
  • Ekonomi :- 
 (i) Melancarkan Iskandar Malaysia
(ii) Mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara(NCER)
(iii) Melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Timur(ECER)
(iv) Melaksanakan Program Transformasi Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)
  • Sosial :-
(i) Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) bertujuan membangunkan warga muda yang berdisiplin,daya tahan dan daya kepimpinan
(ii) Memperkasa tenaga muda bertujuan membangun Belia 3K iaitu menguasai kemahiran,kepimpinan dan keusahawanan
(iii) Melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) dimana badan-badan korporat membantu golongan kurang upaya
  • Politik :-
(i) Melahirkan pemimpin yang berketerampilan,dikagumi, dihormati dan dipercayai
  • Kerohanian :-
(i) Memperkenalkan konsep Islam Hadhari bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau disebut " Ummatan Wasatan "

 Memperkasa Pembangunan Modal Insan .
  • Memperkasa Sekolah Rendah Dan Menengah :-
(i) Sejumlah RM30 Billion telah diperuntukkan melalui perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP)
(ii) Sebanyak 60 buah sekolah kluster telah diwujudkan pada tahun 2008 untuk meningkatkan mutu dan kualiti sekolah-sekolah di Malaysia
(iii) Sebanyak RM50 Ribu diberikan setiap sebuah sekolah kluster bagi membangunkan kegiatan kokurikulum,latihan serta pembelian peralatan untuk pembelajaran
  • Pendidikan Untuk Semua :-
(i) Perkara terbaru yang diusahakan oleh kerajaan pada masa ini adalah memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah
(ii) Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) diberikan kepada semua pelajar tidak mengira pendapatan bagi seisi rumah
(iii) Para pelajar diseru agar aktif dalam kegiatan kokurikulum,badan beruniform dan kelab untuk membentuk sifat kepimpinan dan sahsiah pelajar
(iv) Setiap individu perlu mendapat hak ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
  • Memartabatkan Profesion Perguruan :-
(i) Meningkatkan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan
(ii) Menyediakan elaun sebanyak RM60 sejam bagi lepasan Ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan Diploma kepada guru yang mengajar Bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan
(iii) Menaikkan elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari
  • Memantapkan Pengajian Tinggi :-
(i) Menjenamakan semula Kolej Komuniti melalui penyediaan kursus pada peringkat Diploma dan menggiatkan kolaborasi dengan syarikat swasta
(ii) Menaik taraf serta memperluas Universiti Malaysia Kelantan,Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan
(iii) Meningkatkan aktiviti penyelidikan,pembangunan dan pengkomersilan di 4 buah Universiti Penyelidikan
(iv) Meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi MARA bagi mencapai sasaran 200,000 mahasiswa menjelang 2010 

 Komponen-Komponen Utama Pembangunan Modal Insan .
  • Ibu bapa :-
(i) Ibu bapa perlu bijak mewarnai dan mendidik jiwa dan perlakuan anak-anak mereka agar sentiasa berada di landasan yang betul
(ii) Ibu bapa perlu bijak mencari masa yang sesuai untuk bersama dengan anak-anak walaupun sibuk bekerja
(iii) Ibu bapa perlu memainkan peranan menyediakan landasan untuk anak mereka mendapatkan ilmu pengetahuan duniawi serta ukhrawi bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
(iv) Ibu bapa perlu mengetahui ke mana anak kita pergi,masalah yang dihadapi,kehendak serta menasihati mereka setiap masa
  • Badan Kerajaan & Bukan Kerajaan :-
(i) Sokongan dan galakan dengan memberi mereka sijil penghargaan dan hadiah-hadiah tertentu
(ii) Badan-badan kerajaan boleh bekerjasama ke arah pembangunan modal insan yang lebih cemerlang
 (iii) Pembangunan modal insan memerlukan sokongan daripada banyak pihak dan tidak terhad kepada ibu bapa dan sekolah sahaja
  • Institusi Pendidikan :-
(1) Sekolah .
(a) Sebagai agen sosialisasi pelajar dimana pelajar dapat bergaul dengan kawan-kawan
(b) Sebagai tempat untuk membangunkan sahsiah pelajar yang seimbang
(2) Universiti .
(a) Melahirkan graduan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani bagi membangunkan agama,bangsa dan negara
(b) Mengeluarkan graduan yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan mampu menjadi penyelesai masalah kemanusiaan


 Membentuk Modal Insan Cemerlang .
  • Ada Nilai Tambah :-
(i) Graduan perlu ada suatu kemahiran yang di luar dari pengkhususan mereka
(ii) Jadikanlah tambah nilai ini sebagai satu budaya kita,tambah nilai pada diri,tambah nilai kepada hasil kerja,tambah nilai kepada barang-barang yang dihasilkan
(iii) Tanpa nilai tambah tersebut,seseorang itu akan sukar untuk memasarkan dirinya dalam pekerjaan yang penuh persaingan
  • Kuat Pegangan Agama :-
(i) Mendidik manusia menjadi umat yang baik,patuh kepada agama,ibu bapa dan menghormati orang tua
(ii) Modal insan cemerlang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan tidak mudah digugat oleh pihak-pihak tertentu
(iii) Individu yang kuat pegangan agama akan sentiasa mengatur hidupnya dengan baik dan patuh terhadap perintah agama
  • Berusaha Sendiri :-
(i) Sikap sentiasa mengharapkan bantuan orang lain ini menjadikan sesuatu bangsa itu mundur dan sukar maju ke hadapan
(ii) Modal insan yang masih belajar lagi haruslah diberi peluang untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain
(iii) Seseorang itu perlu belajar hidup berdikari kerana pada zaman yang serba moden ini,orang yang ke depan,dialah yang maju
  • Memahami Kehidupan Masyarakat Majmuk :-
(i) Setiap kaum mestilah menghormati perbezaan antara kaum bagi mengeratkan hubungan sesama kaum itu
(ii) Setiap individu itu mestilah memahami persamaan dan perbezaan kaum dengan betul
(iii) Sebagai seorang masyarakat yang majmuk,kita perlulah memahami persamaan dan perbezaan yang ada dalam sebuah masyarakat majmuk itu



 Halangan-Halangan Dalam Membangunkan Modal Insan Berkualiti .


  • Kurang Penghayatan Terhadap Islam :-
(i) Golongan remaja pada masa kini mestilah mempunyai akidah yang tinggi bagi memastikan keharmoniaan tamadun pada masa akan datang
(ii) Kita harus sedar bahawa kekuatan pegangan akidah sesuatu bangsa yang sudah semestinya diterajui oleh modal insan berakidah terpuji
(iii) Pengamalan akidah yang tinggi mampu membentuk modal insan yang kuat dan mampu bersaing dengan orang luar
(iv) Modal insan yang mendapatkan pendidikan Islam yang sempurna dan berlandaskan akidah yang betul berupaya membentuk tamadun yang unggul dalam tamadun dunia
  • Masalah Sosial Yang Semakin Berleluasa :-
(i) Satu fenomena dimana berlakunya pembunuhan rompakan,ragut,buang bayi,ponteng sekolah dan biadap kepada ibu bapa dalam kalangan generasi muda kini
(ii) Akhlak remaja masa kini semakin nipis ditelan zaman kerana terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang dibawa dari luar
(iii) Sesetengah remaja dan belia yang terjebak dengan perkara-perkara negatif seperti penagihan dadah,pengambil pil ectasy,seks bebas dan lain-lain lagi
  • Kurang Kecintaan Terhadap Ilmu :-
(i) Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan banyak wang bagi pembangunan pendidikan di Malaysia
(ii) Setiap graduan perlu mempunyai " life long learning " atau mencari ilmu tanpa henti
(iii) Graduan juga mestilah mempunyai sikap sentiasa ingin maju ke hadapan dan berasa tidak cukup dengan ilmu yang deperolehi
(iv) Bangsa yang maju dan berjaya merupakan bangsa yang berilmu dan menyebarkan kepada orang lain


  • Budaya Negatif Disebarkan :-
(i) Remaja masa kini mudah terikut-ikut dengan budaya "Hari Kekasih" yang sememangnya tidak berkait langsung dengan Islam
(ii) "Hari Kekasih" juga mendorong remaja melakukan maksiat sehingga hamil anak luar nikah
(iii) Golongan remaja masa kini lebih kepada budaya yang tidak sihat dan tidak sesuai dengan cara hidup,agama,akal budi dan nilai-nilai keislaman
(iv) Remaja masa kini mudah terikut dengan budaya yang tidak baik atau negatif dari orang luar




Kesan Kepada Bangsa Dan Negara .
  • Generasi muda perlu mempunyai nilai patriotisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan
  • Malaysia perlu mempunyai bekalan modal insan yang mencukupin bagi pembangunan pada masa akan datang
  • Hubungan Malaysia dengan negara luar yang baik menyebabkan Malaysia terkenal dimata pelusuk dunia.Hasilnya Malaysia menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan antarabangsa seperti Sukan Komanwel
  • Hubungan dengan negara luar juga membolehkan Malaysia membuat kerjasama terutamanya dari segi pembangunan sosial seperti sektor pendidikan 

No comments:

Post a Comment